Salah satu topik hangat yang diperbualkan kebelakangan ini adalah harga barang yang naik mendadak, terutama harga makanan.
近来的其中一个话题就是物价上涨了,尤其是熟食的价格。
Sebagai pengguna, sering kali kami tidak dapat berbuat apa-apa. Namun begitu, masih terdapat hak-hak pengguna yang termaktub dalam undang-undang untuk melindungi kepentingan kami.
作为消费者,我们对许多事情不能做出太大的改变。但是,仍然有一些特定的法律在保护着我们消费者的权利。
Para pengguna merupakan sebahagian penting daripada ekonomi pasaran.Cara perbelanjaan mereka mendatangkan kesan yang langsung kepada perkembangan pasaran. Pada masyarakat yang moden ini, pengguna-pengguna mempunyai banyak hak. Hak-hak ini bukan sahaja melindungi kepentingan mereka, makai akan mendorong perkembangan pasaran yang sihat. Berikut kita akan melihat apakah hak-hak pengguna.
消费者是市场经济的重要组成部分,他们的消费行为直接影响着市场的发展。在现代社会中,消费者享有许多权利,这些权利不仅保护了他们的利益,也促进了市场的健康发展。以下详细介绍消费者的权利。
Pertama, pengguna mempunyai hak untuk mengetahui. Pengguna berhak untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang produk atau perkhidmatan, termasuk kualiti, harga, prestasi, jaminan mutu, perkhidmatan selepas jualan dan lain-lain. Penjual harus memberikan maklumat yang benar, tepat dan lengkap kepada pengguna sebelum penjualan, supaya pengguna boleh membuat keputusan perbelanjaan yang pintar.
第一,消费者有知情权。消费者有权获得商品或服务的详细信息,包括商品的品质、价格、性能、用途、质量保证、售后服务等。商家应该在销售前向消费者提供真实、准确、完整的信息,以便消费者做出明智的消费决策。
Kedua, pengguna mempunyai hak memilih. Pengguna-pengguna berhak memilih produk atau perkhidmatan yang diyakini sendiri. Penjual tidak harus memaksa pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan yang tertentu, ataupun menggunakan cara lain untuk mengehadkan pilihan pengguna.
第二,消费者有权选择。消费者有权选择自己需要的商品或服务,选择自己信任的商家,以及选择自己喜欢的支付方式。商家不应该强制消费者购买自己的产品或服务,或者采取其他不正当手段限制消费者的选择。
Ketiga, hak keselamatan pengguna. Penjual harus menawarkan produk atau perkhidmatan yang selamat kepada pengguna. Produk yang dijual mesti mematuhi ciri-ciri keselamatan. Apabila produk atau perkhidmatan mempunyai isu keselamatan, maka pengguna mempunyai hak untuk menolak produk tersebut dan meminta pemulangan wang.
第三,消费者有保障权利。商家应该为消费者提供安全、健康的商品或服务,并遵守有关产品安全和卫生的法律法规。消费者有权要求商家为其提供安全的商品或服务,并在商品或服务出现安全问题时享有合法的维权途径,要求退货及退款。
Keempat, pengguna mempunyai hak privasi. Apabila membeli produk atau perkhidmatan, penjual perlu memastikan maklumat peribadi pengguna tidak didedah atau disalahgunakan. Pengguna berhak meminta penjual untuk melindungi maklumat peribadinya dan mereka tidak perlu membekalkan maklumat yang tidak wajib.
第四,消费者有权保护个人信息。消费者在购买商品或服务时,应该得到保护个人隐私的承诺,商家应该保护消费者的个人信息不被泄露或滥用。消费者有权要求商家对其个人信息进行保密,拒绝不必要的信息收集和使用。
Kelima, pengguna berhak mendapatkan ganti rugi. Apabila terdapat isu kualiti ataupun maklumat yang diberikan itu salah, maka penjual perlu bertanggungjawab terhadap isu tersebut dan memberikan ganti rugi yang munasabah kepada pengguna. Pengguna-pengguna mempunyai hak untuk menjaga kepentingan sendiri.
第五,消费者有权获得补偿。在商品或服务出现质量问题、误导消费者等情况下,商家应该承担相应的责任,给消费者合理的补偿。消费者有权要求商家进行赔偿,保护自己的合法权益。
Pada dasarnya, semua hak pengguna mesti dilindungi dan dihormati sepenuhnya. Perniagaan harus mematuhi undang-undang, peraturan dan norma industri yang berkaitan. Peniaga perlu menyediakan pengguna dengan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat dan munasabah. Pengguna juga harus menegakkan hak mereka secara aktif, melindungi hak dan kepentingan sah mereka, dan bersama-sama membina persekitaran pasaran yang harmoni, adil dan jujur.
总之,消费者的权利应该得到充分的保障和尊重,商家应该遵守有关法律法规和行业规范,为消费者提供优质、安全、合理的商品和服务。消费者也应该积极行使自己的权利,维护自己的合法权益,共同构建和谐、公正、诚信的市场环境。