从国家元首文告学马来语词汇

大家好!这一期的《轻松学马来语》,我们来看看国家元首所发出的文告吧。毕竟这是马来西亚地位最崇高的人物所发的文告,看看国家王宫说什么。

agong

照片取自网络

 

Kuala Lumpur, 24 November 2022 - Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

(1) KDYMM = Kebawah Duli Yang Maha Mulia,意即陛下。在马来西亚,除了国家元首,各州统治者中文翻译都是“殿下”(Your Royal Highness),除了柔佛州苏丹曾谕令,必须称他为陛下 (Your Majesty)。  

(2) Agong 是元首。另外一个相近的字是 Agung。Agung 和 Agong 读音相近,意思也相近,但就是不同。Agong 就是指这个国家元首而已; agung 则是个形容词,指 “崇高的”、“伟大的”事物。Mesyuarat agung 是会员大会。

(3) berkenan 是个王室用语。元首或苏丹要做一些事情时,在动词前一般都会加这个字,意思为“乐意”、“欣喜”或“允诺”。

(4) berangkat = 移驾

 

Pada sesi Perbincangan Khas yang berlangsung bermula pada 11.00 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 lepas.

(5) Wasal 其实是个印尼字,它并没有被收录在我们的 Kamus Dewan。Mewasalkan 意思为召集。

 

Perbincangan Khas it adalah juga bertujuan bagi Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.               

Proses yang tersebut di atas adalah bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40 (2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

(6) Dewan Rakyat 就是我们的国会下议院 (Lower House of the Parliament)。我国国会分上下两议院,上议院 (Upper House) 称作为 Dewan Negara. 注意,英国也分别称上下两议院为 House of Commons 以及 House of Lords, 但马来西亚并没有采用这种叫法。

(7) Hemat=意见或看法

 

Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

(8) memperhalusi, 来自“halus”。Halus 为“幼细”,memperhalusi 就是“仔细研究”。

 

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Surat cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebaga Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara.

(9) Istiadat = 礼节、仪式

(10) Pengurniaan = 颁赐

(11) Surat cara Pelantikan = 委任状

 

Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyang demi masa depan negara tercinta.

(12) biduk = 小舟

(13) kiambang = 水草

(14) bertaut = 贴紧、靠拢

(15) saf = 列队

 

Biduk lalu, kiambang bertaut这整句是一句谚语。从字面上来看,就是说当一叶小舟划过水面时,水草会暂时被舟身分成左右两半。当小舟过去了以后,被分成两半的一堆水草又重新贴紧了。意思是指雨过天晴之后,争执的各方重归于好。

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya. Harta pusaka ini perlu dijaga kerana ianya bakal diwarisi oleh generasi muda yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan.

(16) Harta pusaka = 遗产

(17) Mercu = 峰、顶端

 

Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan baharu Baginda yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan negara.

(18) bakal= 即将

(19) resmi = 天性

(20) kemelut = 危局

(21) tatkala = 当…

(22) merancakkan, rancak = 轻快的、活泼的

(23) landskap = 园林艺术、风景。这里指“经济景观”。

 

Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

(24) Solidariti = 团结

 

【省略文告共四段 】

Dato' Seri Ahmad Fadil Shamsuddin

Datuk Pengelola Bijaya Diraja

Istana Negara